Thursday, July 25, 2013

FULFILL PART 10 (MEMORIES OF ANA 3)

“this will sting a bit, but bear it a bit.” Kata jururawat sambil mencucuk jarum di lengan saya.
“don’t worry, I’m not scared of injection, miss Dorothea.” Balas saya dengan tenang.
Dan jururawat itu memberikan suntikan dengan ubat. Ubat yang mereka berikan ini adalah ubat yang masih lagi dalam ujian dari syarikat Fulfill. Dalam sepanjang proses pengambilan ubat ini, doctor Augnio dan jururawat Dorothea akan tinggal di Malaysia buat beberapa ketika untuk melihat perkembangan saya.
“are you scared, miss Anna?” Tanya Dr. Augnio dengan nada serius. Dr. Augnio dan cik Dorothea mestinya risau dengan keadaan saya walaupun mereka tahu saya dah mengambil keputusan untuk menjadi pesakit yang mencuba ubat mereka.
“I am scared, but this is better than doing nothing.”
“….” Dr. Augnio memandang saya sambil berfikir. “very well, take this.” dan dia memberikan saya satu pil.
“just have a good night sleep with this.”
Saya terus menelan pil tersebut dan mula rasa mengantuk.
Cik Dorothea menyelimutkan saya dan berkata “sleep well, Anna…” tetapi kata-kata dia menjadi pudar kerana saya mula tak dapat mengawal ngantuk saya.
“…….can…… make…. It …..?”
“she……compati…..”
“…….”
…………………….
Di dalam tidur saya, saya nampak segalanya kosong. Di dalam kekosongan itu, ada satu bintik hitam tidak jauh dari pandangan mata saya. Saya mendekati bintik itu.
Bintik itu mula membesar menjadi sebiji bola hitam. Di saat saya menghampiri bola itu, saya merasa tidak selesa.
“!!!” saya terbangun dari mimpi saya saat saya merasa tidak selesa.
Fajar belum terbit pada masa itu, dan bilik saya masih gelap lagi, tapi saya rasa saya dah tidur dalam satu jangkamasa yang sangat pendek.
4 jam kemudian
“I see,”dan Dr. Augnio mencatat data dalam failnya “ and there is no other changes?”
Saya menggeleng dan berkata “nope.”
“it’s alright, it might be too early to see the effect of the medicine.”
“here’s your another injection.” Kata Cik Dorothea dengan memberikan saya satu lagi suntikan ubat.
“we will give you the last medicine  tonight, please rest for now.”
“Yes, miss Dorothea.”
Tapi tak lama lepas tu, saya tidur dan mimpi benda yang sama lagi.

?????
Saya dah mula nampak benda itu. Ia makin dekat dengan saya. Saya merasa tak selesa dan cuba menjauhi diri saya dari situ. Tapi tangan kiri saya bergerak dengan sendiri dan menyentuh benda itu.
Pada saat itu saya terjaga…..!
“AAAAAAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!”
Terkejut dengan jeritan saya, Cik Dorothea berlari menuju ke bilik saya “what’s wrong, Anna!!”
“TANGAN AKU!!! SAKIT!!!”
“what do you mean?”
“MY HAND!!! IT HURTS!!!”
Akhirnya Dr. Augnio datang dan saya diberikan ubat penenang. Selepas beberapa ketika saya boleh bertenang walaupun tangan saya masih sakit lagi.
Saya menggunakan tenaga yang masih tersisa lagi untuk bercakap “Dr….”
“yes, Anna?”
“please…. Give me softer bed….”
“what?”

“this bed…. Feels like barbed wire….. it hurts my hand…”

No comments:

Post a Comment