Monday, August 1, 2011

FULFILL (prologue)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
 “hei… wake up… wake up…” kata Jururawat itu mengejutkan saya.
“mmm…..” saya bangun dengan perlahan. Jururawat mula membuka beg yang berisi peralatan yang diperlukan untuk memeriksa pesakit di atas meja . Jururawat itu memberi sebatang kayu kecil yang berbentuk macam batang aiskrim.
“alright …..” kata doctor itu dengan duduk di atas katil sebelah saya.”open your mouth…aaahhh…” kata doctor itu.
“aahhh….” Saya mengikut apa yang disuruh oleh doktor.
“good…” doctor itu mencatat dengan kertas laporannya. Selepas itu dia memberikan kayu itu kepada jururawat itu, jururawat itu memasukkan batang kayu itu ke dalam plastic sampah berwarna putih. Kemudian jururawat itu memberikan stetoskop dan meletakkannya ke belakang saya. “take your deep breath…and then release slowly..” kata doctor itu, saya menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.  Doctor itu meletakkan stetoskop di belakang kanan saya,”good, and again,” sekali lagi saya tarik nafas dan hembus nafas. Doctor itu meletakkan stetoskop di belakang kiri pula dan berkata “great, once again.” Sekali lagi saya menarik nafas dan menghembus nafas. “next, turn your front to me,” dan saya memaling ke arah doctor itu. Doctor itu meletakkan stetoskop itu ke bahagian trakea saya,  “and again,” dan saya menarik nafas dan menghembus nafas. “good girl..” doctor memberikan stetoskop  kepada jururawat itu dan menulis laporannya yang diletakkan di atas pehanya.
Saya tidak dapat berfikir apa-apa dan mendiamkan diri sahaja . Jururawat itu kemudian meletakkan satu gelang besi di tangan kanan saya. Gelang itu bertulis perkataan “XX-00-14-39…..”.
“oh, you can read?” Tanya doctor itu dengan perasaan yang terkejut. Saya terkejut mendengarnya tetapi saya mengangguk menandakan saya faham perkataan itu.  “what is this place?” itulah soalan yang kali pertama saya dapat fikir pada masa sekarang.
“inside a room.” Kata doctor itu.
Di dalam bilik? Kenapa saya ada di sini? Apakah yang terjadi?  Siapa kamu? Aarrrhhh… sakitnya kepala saya! Saya memegang kepala saya dengan kuat .
“relax, don’t force yourself.” Kata doctor itu.
Saya cuba menenangkan diri dan bertanya soalan kepada doctor itu, “where am I?”. Doktor itu senyum dan berkata “you are inside a room,”
Saya melihat sekeliling saya, saya memang berada di dalam bilik yang dindingnya berwarna putih, ada tandas dan tempat mandi (tetapi tiada dinding untuk menutup kawasan itu), sinki, meja yang jururawat itu telah guna untuk meletak barangnya dan katil yang saya dan doctor itu sedang duduk. Jururawat itu hanya berdiri sahaja.
“why am I in this room? I mean, is this place is hospital?” saya bertanya soalan dengan lebih jelas lagi. Ahh, kepala saya mula rasa sakit…
Doctor itu masih lagi senyum tetapi dalam sejenak saya rasa ada perubahan dalam riak wajahnya. Ah, mungkin khayalan saya, jururawat itu pun senyum juga pada saya. “don’t worry, you must be tired, take a rest after nurse give you injection.” Kata doctor itu.
Jururawat itu memberikan saya suntikan di lengan saya. Dan doctor itu menepuk bahu saya menyuruh saya supaya berbaring. Saya pun berbaring, dan jururawat itu menyelimutkan saya. Ahh, doctor itu nak beredar,”wa, wait  doctor,”.
“yes?”
“doctor…who am I doctor?”
“…..you are a human.” Kata doctor tanpa memaling mukanya ke arah saya
Huh? “err…my name?” saya harap saya Tanya soalan yang betul.
“Your name at your wrist tag.” Saya melihat balik gelang itu di tangan saya. Ketika saya cuba hendak bertanyakan soalan padanya lagi.
“doctor…and..”
“ah, I’m sorry, I have to go now,” akhirnya doctor itu beredar dari bilik ini. Saya mula merasa mengantuk….
1 kali tidur
Saya mencuci muka saya,tapi tiada cermin di depan sinki atau di mana pelosok bilik ini. Selepas itu,  saya melihat setiap pelosok bilik ini. Putih sahaja, tiada benda yang mencurigakan, saya mula berfikir, siapa saya? Kenapa saya rasa apa yang doctor katakan masa itu terlalu pelik? Saya memejam mata saya…..
……ahh, otak saya kosong. Kenapa saya rasa ada sesuatu yang memang tidak kena? Tiba-tiba hati saya berkata di manakah saya? Ahh, apa yang saya Tanya pada diri saya?
Akhirnya saya berulang alik di tempat yang sama. Saya rasa saya telah melupakan benda yang sangat penting, tapi apa ya? Ah, pergilah tidur. Walaupun tak mengantuk, sekurang-kurangnya, saya boleh lepaskan masa.
3 kali tidur
Hmm, sakitnya kepala saya…. Agaknya pukul berapa sekarang…..aduh…..?
? nanti dulu, saya sakit apa? Nanti saya kena Tanya doctor…..
5 kali tidur
Kachak…
Saya memusing ke arah pintu, saya ternampak doctor yang tua, pendek, memakai kacamata sebelah, dan bertongkat.
Dia menghampiri saya dan berkata “can you stand up?”. Suaranya kasar dan bunyinya serak membuatkan saya terkejut .
“yes, I can.” Saya berdiri keluar dari katil itu.
“turn around, slowly” saya mengikut kata doctor itu dan berpusing dengan perlahan.
“good,  now sit.” Saya pun mengikut kata doctor itu.
“doctor, I want to ask ……”
“quiet, don’t speak, and don’t move” kata doctor itu dengan nada yang garau dan matanya yang tajam.
“Oh….ok” saya Cuma duduk di katil itu dan memandang doctor itu.
……….
……………
………………….
Lamanya……. Bila doctor tu nak berhenti pandang saya……… saya rasa lapar…….
“alright, you can have your food right now” .
Eh, betul ke ni? Bagusnya, saya memang dah lapar ni. “thank you very much doctor!”
Tetapi doctor itu terus beredar dan tidak berkata apa-apa. Saya ada buat apa-apa yang salah ke? Kemudian jururawat yang sama ketika saya mula-mula jumpa terus membawa makanan dan minuman. “thank you very much!” saya kata pada jururawat itu tetapi jururawat itu terus beredar dan menutup pintu itu. Saya membuka penutup makanan itu. Makanan saya pada hari ini ialah roti, jem dan susu sahaja. Walaupun Nampak biasa tapi perut saya yang lapar ni membuatkan saya rasa makanan ini Nampak sangat sedap. Selepas saya selesai makan baru saya sedar saya belum Tanya doctor tu saya sakit apa……..
6 kali tidur
Saya rasa sangat letih…… badan pun rasa tak dapat nak bergerak…….
7 kali tidur
Arrhhh….. saya rasa dahaga sangat…… apa jadi pada saya….. tapi saya kena pergi tandas…… saya bangun dengan perlahan….. badan saya mengigil dengan teruk….. selepas saya pergi ke tandas, saya pergi minum air singki dengan sebanyak mana yang boleh….. saya cuba nak memanggil  jururawat tapi suara saya tak dapat nak keluar……kalau lah ada cermin…..saya menggunakan seluruh tenaga saya hanya untuk balik ke katil itu semula…
8 kali tidur
Ada bunyi tapak kaki, Jururawat itu dah datang. Tapi saya tak dapat nak pusing badan saya , harap-harap jururawat itu dapat memusingkan badan saya sebab saya tidur mengiring dari arah dia….
Jururawat itu memusingkan badan saya…. Dia menjerit sekuat hati sampai peralatannya jatuh dari atas lantai. Dia macam Nampak hantu sahaja… dan lari keluar secepat mungkin…… kenapa dia lari….? Saya cuba bergerak ke arah lantai untuk mencari bekas sterile yang dibawa oleh jururawat itu untuk melihat muka saya….. saya melihat muka saya…… dan…… muka saya macam zombie……cekung, tak sihat, bibir biru dan tangan saya pun tinggal tulang sahaja….. APA JADI PADA SAYA? ADAKAH SAYA AKAN MATI?? TOLONG!!!
10 kali tidur
Tolong, sesiapa tolonglah saya….. saya takut…..
KACHAAAK…. TAP…TAP TAPTAP…..
Jururawat tadi mengangkat saya balik ke tempat tidur saya…. saya tak dapat nak bersuara memnta tolong, saya terlalu dahaga….Saya cuba nak memandang dia tapi dia mengalihkan pandangan dia….
Dia membawa saya keluar dari bilik itu dengan katil yang saya baring…. Tapi saya tak dapat nak menoleh sekeliling…. Kepala saya tak mampu menoleh pun…. Disebabkan saya Cuma boleh memandang ke atas, hanya lampu sahaja yang saya boleh Nampak….
TAP TAP TAP TAP…….. jauh juga jururawat ini berjalan, rasa macam tak akan sampai sahaja destinasi yang hendak dituju itu…
Kachakkk… pintu di depan sudah dibuka…. Sakitnya mata saya…..Saya nampak pemandangan yang luas, matahari berdekatan gunung ganang, pokok-pokok yang tajam macam pokok Christmas, dan sejuk yang tak terkata yang membuatkan saya mengigil…..tingginya tempat saya melihat pemandangan ini….jururawat itu pula….mengangkat saya dari katil itu…dan……dan…….menolak saya …. Dari tebing………
DUUUK!!!!
Sakitnya…. Saya terselamat sebab Sekeliling saya….. UUUUAAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!!!
Mayat yang serupa dengan saya yang terlalu banyak bertimbun….!!!
Macam lautan….. dan bau yang tak terkata busuknya……. Saya mimpi ngeri ke ni…..!!!!!!
BAAAAANGGGGG! DUUK! PAK !
Ada bunyi tembakan yang terdengar dari atas….. itu tak penting……saya tak nak mati……saya tak nak mati……….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
TAHNIAH!
“eh? Kenapa?” Tanya saya dengan kehairanan.
“awak dah lupa ke?” kata kakak dengan muka masam. “hari ni hari jadi awaklah!!” kata adik lelaki sambil peluk saya dengan erat. “Hari ni ada surprise untuk awak! Special tau!!!” kata abang saya.
“apa dia?” Tanya saya lagi dengan kehairanan.
“buka pintu ni! Cepat!” kata mereka dengan serentak.
Saya dengan rasa malasnya buka pintu ini dan “TAHNIAH! SELAMAT HARI JADI ………!!!” kata….mama dan ayah…..saya rasa sangat terharu…mama dan ayah jarang balik rumah sebab kerja…. mujur tak keluar air mata saya.
“bestnya hari jadi saya…..terima kasih korang….”
“bila awak balik nanti kitaorang akan bagi hadiah yang paling special!! Jangan lupa balik tau!”
“ya, saya tahu…”
“jangan lupa telefon tau!!! Jangan lupa kitorang tau!!!”
Jangan lupa kitorang…….
………………
……..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Hmmmm……
mmmm…. Peh! Peh!! Peh!! Apa yang ada dalam mulut saya? pasir? Sini….. padang pasir?
TO BE CONTINUED…..

3 comments: