Monday, May 9, 2011

Maaf(part 1)

“Maaf, kami gagal….”.kata doctor selepas keluar dari bilik pembedahan. Pembedahan mengeluarkan tumor otak Rezekiah telah gagal.  Mail terdiam. “Encik Sabaruddin……. isteri encik masih hidup lagi, tapi dia mungkin tidak akan sedar buat selama-lamanya… dia sekarang ini Cuma boleh hidup dengan adanya ‘life support’”.
                Mendengar kata ini Mail mula gelisah, mampukah dia mencari duit sedangkan dia Cuma kerja sebagai polis sahaja? Bagaimana dia nak langsaikan hutang pembedahan ini? Segala persoalan ini bermain di fikirannya.
                Dengan hati yang gelisah, dia teringat dengan ibunya yang sudah tua. Dia telah banyak kali membebankan ibunya, dan kini Kiah dah tidak boleh menjaga ibunya.
Sejam telah berlalu, mail masih terdiam dan duduk di sebelah kiah. Dia tidak tahu apa patut dilakukan pada masa akan datang.  Tiba-tiba mail terfikir, bagaimana dengan kiah? Dapat ke dia teruskan hidup dia koma? siapa yang akan jaga Kiah?. Mail memandang kiah, kiah nampak macam tidur sahaja. Mail melihat butang  ‘on off’ yang ada pada ‘life support’.
                Segala-galanya akan berubah kalau saya tekan butang itu sahaja, fikir mail. Jarinya mencapai pada butang itu.
                Mak Chah meluru ke wad pesakit dengan pelahan-lahan. Dia menjenguk sebentar di tepi pintu. Mail hanya duduk dengan menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. Mak chah menghampirinya, “mail…”, matanya melihat kiah. Kiah nampak seakan-akan  sedang tidur dan hanya mesin yang membantunya untuk meneruskan hidupnya yang sedang beroperasi. Mak chah dapat merasakan keadaan hidup mail akan menjadi semakin sukar.
                “mak… saya….tadi saya cuba nak tekan butang tutup, mak….” Kata mail.
                Saya tau… ni adalah yang terbaik….tapi….tapi….’ suaranya semakin sebak.
                “Saya ……… tak……. Boleh.. tekan.. butang……… itu……..”
                “Mak, apa ……………………………patut…………… saya……. buat ……….?”
                Mak Chah  tidak tertahan melihat anaknya sedih. Dia tahu keadaan Kiah memang tak dapat diselamatkan. Mail mengalirkan air mata. Mak chah menutup muka menahan rasa sebak.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
3 hari dah berlalu…..Mail berjalan keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Mak Chah juga keluar dari dapur. Keduanya terserempak. Mak chah melihat muka Mail, mukanya terlalu kuyu dan letih, tiada tanda menunjukkan Mail bagaikan seorang lelaki yang muda.
Sekarang Kiah berada di hospital dengan bantuan ‘life support’. Mail mengambil cuti selama 5 hari, tinggal 2 hari saja lagi Mail kena meneruskan kerjanya.
“Mak….saya dah buat keputusan mak…” kata Mail. Mak Chah menunggu jawapannya.
“saya nak Kiah tinggal di sini…..saya akan berhenti kerja……mak…..” kata Mail dengan penuh rasa bersalah. Mak chah mendiamkan diri.
“mak…. Saya tahu saya salah dalam membuat keputusan ini…..mak mungkin anggap Kiah dah mati…..tapi… bagi saya….Kiah masih hidup…..masih ada harapan lagi…..” kata Mail sambil melutut dan memegang tangan Mak Chah. Suaranya menjadi semakin sebak.
“mak….maafkan saya mak….saya asyik gagal membahagiakan Mak…… Saya gagal belajar tinggi-tinggi….saya buatkan mak jual tanah pusaka ayah semata-mata nak uruskan pembedahan Kiah…sekarang……….saya memilih lagi keputusan untuk menjadi pentingkan diri sendiri lagi………………” air mata Mail mengalir menjadi semakin deras. Tetapi hatinya telah membuat keputusan walaupun ia  terlalu memalukan maruah dia sebagai lelaki.
“Mail….”kata Mak Chah. “mak nak awak gembira sahaja, Mail. Kalau itu yang membahagiakan awak, buatlah Mail, mak tak pernah merasa kesal dengan segala pilihan awak. Mak sentiasa mendoakan awak, Mail….”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….