Monday, August 8, 2011

FULFILL (CHAPTER 4)

Apabila matahari mula naik dari horizon, sebuah helicopter terbang dari lautan ke sebuah pulau yang cukup besar. Helicopter itu terbang melepasi hutan tundra dan menuju tebing yang tinggi di mana tinggalnya sebuah pusat kajian yang besar. Helicopter itu mendarat di tanah lapang yang ditandakan ‘x’ dan keluarnya 20 askar yang bersenjata lengkap. Sir Viscolf berjalan menuju ke askar tersebut dan berkata “speak your code.”
“death for better future!” kata semua askar tersebut.
Sir Viscolf melihat mereka dengan tersenyum. Di dalam hatinya merasa sayang untuk mempergunakan askar yang telah dibasuh otak mereka untuk mencari ‘hasil’ yang di luar jangkaan itu. Kalau diikutkan hendak sahaja dia menjadikan semua askar ini bahan eksperimen dia yang baru. Namun arahan pihak atasan telah dijelaskan. Sir Viscolf mula menjelaskan rancangannya.
“first, I want all of you go to the shore and make an instant base for the radio connection and make the contact with this facility. Then, make a team of 5 people. One group  stay and keep the connection while the rest search the area with one of the team keep in contact with others. All of you have the walkie talkie right?”
Semua askar mengangguk.
“good, now when you meet your target, make sure you try to shoot the target’s limb. If the wound began to heal, that is the one that I want. The rest just finish them and burn them. Do you understand?”
Salah seorang askar mula menanyakan dirinya siapakah musuh yang akan mereka jumpa itu.
“oh, I forgot one thing.” Sir Viscolf mengambul pistol dari sakunya dan menembak kepala askar yang berfikir itu. Askar itu terbaring dengan kepala berlumuran darah, tetapi yang lain berdiri tegak, tanpa menghiraukan darah yang terkena pada badan mereka. “your enemies is something that is what you cannot think with logic and harmful to you. If they cannot move, just as I said, burn them. You can do your mission now. And please clean this place first.”
Askar-askar itu mula mengambil mayat kawannya dan masuk ke dalam helicopter tersebut. Helicopter itu terbang menuju ke arah pantai.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
BADABADABADABADABADABADA!!!!
Saya tersedar dari tidur. Bunyi apakah itu!? Sudah pagi? Saya melihat sekeliling saya. saya hanya tahu hutan yang penuh dengan pokok krismas, lantai yang penuh dengan daun kering, udara yang sungguh sejuk dan 2 pucuk pistol yang tertinggal di tangan saya.
Ketika saya dapat menenangkan diri saya, saya teringat apa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini. Jantungku mula berdegup kencang, tekakku sangat kering, tapi saya tak berani nak mendekati sungai itu (bagaimana kalau jumpa dengan raksasa yang dahsyat?!). saya merayau-rayau di dalam hutan ini untuk mencari apa-apa yang boleh dimakan, tapi setakat ini saya masih tak jumpa apa-apa lagi.
BADABADABADABADABADABADABADABADABADA!!!!!!!
Saya mendengar lagi suara itu! Saya melihat ke atas! ITU…..(apa nama benda itu….saya tahu apa benda itu…ah!) helicopter!! Kenapa helicopter itu ada di sini!? Saya mula menjadi semakin keliru dan mula mempersoalkan kenapa saya boleh berada di sini.
Saya cuba mengejar helicopter itu tapi tidak Berjaya. Helicopter itu pergi dan saya tidak dapat kedengaran suaranya lagi…..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Helicopter itu sampai dan mendarat ke tepi pantai. Kipas helicopter itu dikurangkan kelajuannya untuk menjimatkan tenaga. Semua askar keluar dan mengeluarkan mayat rakannya lalu menanggalkan semua kelengkapan mayat askar itu kecuali baju dalamnya dan membakar mayat askar itu di tempat yang jauh dari helicopter itu. 15 askar mula membahagikan kumpulannya dalam 3 kumpulan dan berselerak mencari apa yang mereka hendak carikan. Manakala 4 askar yang lain mula meletakkan alat komunikasi dan cuba menghubungi pusat kajian yang besar itu.
“testing one two three….testing one two three….”
“signal is received, over. Does the plan continued?” balas suara yang keluar dari alat telekomunikasi itu.
“yes.”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Saya sangat dahaga…… lapar….sejuk…. dan bermacam lagi apa yang ada dalam fikiran saya…
Saya dah tak boleh terasa kaki saya berjalan…. Saya….saya ….SAYA DAH TAK BOLEH TAHAN LAGI DAHH!!! Saya kena pergi ke sungai!!!
Saya berlari dengan sepenuh tenaga saya ! menuju ke sungai!! Ahh!!
……
Hah..hah… sampai pun akhirnya… tempat ini sungguh busuk dengan bau bangkai  kepala serigala dan mayat yang halus. Saya mula fikir balik. Saya tak sepatutnya datang ke sungai ini. Tapi rasa dahaga dan lapar saya mengatasi akal saya masa tu. Fikir balik, sebenarnya saya boleh minum air sungai itu kalau saya minum di tempat arus air sungai bertentangan . arus air ini mengalir ke arah kiri, jadi saya kena pergi ke kanan dengan lebih jauh sahaja.
Saya berjalan jauh sehingga saya tidak dapat bau dan melihat bangkai. Akhirnya saya dapat minum air sepuasnya! Huh! Sejuknya air ini! Perut saya tersangat lapar, tapi kaki saya yang tersangat letih membuatkan saya terduduk dan bersandar pada pokok yang berdekatan.
Saya mula teringat dengan apa yang terjadi semalam. Saya memang boleh keluarkan elektrik. Mayat yang hangus itu adalah buktinya.  Saya melihat 2 telapak tangan saya dan saya cuba mengingatkan balik bagaimana saya boleh keluarkan tenaga itu. Huh….ah, memang tak ada apa-apa yang terjadi pun.
Semakin lama saya duduk, semakin banyak persoalan yang timbul di hati saya. siapa saya? kenapa saya ada mimpi aneh? Kenapa banyak perkara yang mengerikan berlaku di sekeliling saya? apa yang terjadi sebelum ni…..
SHA,SHA….
Saya bangun dengan cepat! Dan saya mengacukan pistol saya! dan apa yang keluar adalah…..
Tupai rupanya. Terkejut saya. tupai itu melihat saya dan segera melarikan diri. Lega hati saya sebab binatang kecil sahaja, bukan benda yang menakutkan datang.
Nanti dulu, kalau macam itu patutnya ada bunyi kicauan burung di tempat ini. Kenapa tiada burung? Tempat ini memang sejuk tapi bukannya ada salji. Tumbuhan macam kulat pun boleh tumbuh di kawasan sungai ini. Macamana boleh tiada burung di tempat ini?
Saya mula mengesyaki tempat ini. Saya dah membuat keputusan, saya kena tahu dahulu saya berada di mana.  Cara yang terbaik adalah berjalan menyusuri sungai ini. Dan, kalau saya bernasib baik, saya akan tahu tempat yang adanya jururawat itu dan doctor itu.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

1 comment: