Sunday, February 7, 2016

Aidil

I haven't updating this for quite a long time. I guess I should put the story that I wrote.

Brace yourself with this update!

.......................................................................................................................


-Syazani (Main character) berjalan dengan kawannya dari bagunan fakulti ke tepi padang
[minion 1] Aidil!! Sambut!!
[Aidil] Hiyaah!!!
-Aidil sambut bola dengan penuh usaha, dan menendang bola ke dalam gol.
[minion 2] Cantik!!!
[minion 3] Bagus Aidil!!!
[Aidil] Yahoo! Berjaya!!
-Semua pemain berkumpul dan peluk Aidil, Aidil bersorak dengan sangat gembira.
 [narration]
Semasa saya masuk u, ada serang pelajar bernama Aidil. Aidil seorang yang ceria dan positif, dan suka dekat dengan orang.
-Syazani tengok dari jauh dan kawan dia perhatikan Syazani dengan sengih
-Syazani buat muka marah bila kawan dia buat muka sengih
[narration]
Saya selalu tengok aidil dari jauh sebab dia sebenarnya tak pandai sangat dalam pelajarannya tapi dia sentiasa berusaha.
-Aidil ditegur oleh cikgunya di depan kelas. Syazani tengok dari jauh. Aidil membalasnya dengan muka senyum (senyum pura-pura, sebab malu dan sedih)
[narration]
Dan saya geram dgn kawan sy yg suka sakat sy sebab asyik perhatikan dia.
-kawan Syazani sengih lagi. Syazani buat muka bengang.
[narration]
Satu hari…
[Aidil] Syazani! Saya ada benda nak beritahu awak.
-kawan Syazani terus hilang.
[Syazani] Ya? Apa dia?
[Aidil] Saya… saya suka awak…
-Syazani terkejut. Aidil masih blushing.
[Aidil] Jadi… Saya….
-Aidil muka garu muka dan tahan muka dia dari blushing dengan pegang leher.
[Syazani] …Boleh beri saya masa ke? Saya kena fikir dulu.
[Aidil] Bo-Boleh!! Saya tunggu jawapan dari awak ya!!
-Aidil buat muka gembira
[narration]
Selama 3 hari saya berfikir barulah saya sedar saya pun sukakan aidil.
-Syazani fikir di masa dia perhatikan Aidil di padang dan dalam kelas, blushing bila ingat balik.
[narration]
Tapi…
[Syazani] Aidil, saya…
[Aidil] Tak, lupakan apa saya cakap kelmarin, Syazani. Anggap benda kelmarin tak pernah berlaku.
[Syazani] Kenapa pula?
[Aidil] Saya… ada kanser otak. Saya tak boleh hidup lama.
[Syazani] Oh begitu…
[narration]
Kenapa saya cakap oh begitu?!
[Aidil] (cuba untuk senyum walaupun dia hampir nangis) Terima kasih ya sebab dengar luahan hati saya.
-Aidil beredar pergi da nada butir airmata keluar ketika dia berjalan.
[narration]
saya rasa sangat pathetic sebab tak buat apa-apa. Tak lama lepas tu aidil berhenti kolej. Segalanya kekal sama cuma banyak kawan saya lawat aidil di hospital. Dan sepanjang masa tu keadaan aidil makin teruk. Ada kawan saya suruh saya pergi jumpa aidil sebab dia tahu aidil suka saya. Tapi ego saya entah ke mana dia datang, saya tak mahu jumpa aidil.
[narration]
Lama lepas tu, cuti panjang datang. Saya rasa susah hati lalu saya seorang diri datang jumpa aidil. Aidil nampak sangat kurus, muka pucat dan dia tak nampak aidil yang selalu ceria. Saya hampir nangis tengok aidil.
-Syazani di depan hospital, kemudian buka pintu, tengok Aidil kurus kering, muka pucat, dengan mesin bunyi ‘bip bip bip’
[Aidil] …Tolong jangan tengok aku… (toleh kepala)
-Syazani keluar airmata, tekap mulut, tapi tak keluar bunyi menangis
[Aidil] Kalaulah saya tak wujud… kalaulah ini semua mimpi… saya tak perlu buat awak menangis…
-selepas
[Syazani] (lap airmata) tolong jangan cakap macam itu. Saya patutnya beritahu awak awal-awal lagi, tapi saya biarkan sahaja hanya sebab ego saya. Minta maaf, Aidil. Saya betul-betul minta maaf.
[Aidil] ….
-Sekeliling mula senyap, Cuma bunyi mesin bip bip bip je dengar.
[Syazani] Saya datang sebab nak beritahu reply saya masa tu. Saya suka awak.
 -Aidil mula menangis.
[Syazani] Saya selalu perhatikan awak. Awak selalu berusaha untuk mengambil perhatian orang lain, dan membuatkan orang sekeliling awak gembira. Walaupun awak bukanlah perfect dalam belajar atau senang sedih bila kena marah, awak cuba sedaya upaya untuk memperbaikinya. Saya jatuh hati dengan awak sebab personality awak itu.
[Aidil] Awak tak kisah ke dengan orang macam saya ni…?
[Syazani] Sampai bila-bila saya tetap suka awak, Aidil.
[Aidil] …(menangis) terima kasih Syazani. Tapi awak jangan risau, saya dah tak sedih dah sebab…
-Syazani buka mata dengan airmata. Syazani bangun dengan lihat sekeliling. Hanya biliknya sahaja.
-Syazani terdiam.
[Syazani] Hah… Hahahahahaha!!!! Biar betul?! (gelak habis-habisan)
[Syazani] Bukan main dramatic, rupanya semua ni mimpi?!
[Syazani] Kelakar betul!! Kalau kawan-kawan saya tahu, mesti mereka gelak!
[Narration]
Ini kali pertama saya mimpi pasal seorang lelaki yang tak pernah wujud. saya gelak sepenuh hati untuk menghilangkan rasa geram yang teramat sangat. Preasaan saya seakan-akan dipermainkan oleh sesuatu yang saya tak ketahui.
-Syazani gengam tangan dengan kuat.
[Syazani] ….. (menangis) Aidil…
 [Narration]

Ini semua mainan mimpi. Sepatutnya begitu. Tapi bila saya teringat lelaki yang tidak wujud itu, saya tak boleh berhenti menangis.

"The saddest part is not you lost your important one, it is that they are never existed from the beginning"-the beautiful mind

No comments:

Post a Comment