Wednesday, October 10, 2012

FULFILL: part 8 (memory of ana, 1)


Pagi sudah mula muncul.
Cahaya mentari masuk ke dalam tingkap di bilik saya. Saya melihat pemandangan luar, burung terbang di langit, surirumah keluar dari balkoni di bagunan tinggi, ada yang menyidai baju, ada yang menyiram pokok bunga. Banyak tingkap di bagunan flat mula terbuka dan ada remaja mula keluar dari bagunan flat berpakaian sekolah untuk pergi ke sekolah.
Beberapa puluh minit selepas itu, jalan sudah mula menjadi bising, semakin ramai orang keluar untuk berkerja, semakin sesak lebuh raya dengan kereta dan kenderaan-kenderaan lain da nada yang membunyikan hon sebab tidak dapat tahan dengan kesesakan lalu lintas.
Saya hanya memandang sahaja pemandangan di luar. Saya tidak berminat dengan pemandangan itu, tapi hanya ini sahaja apa yang saya boleh buat di dalam hospital ini.
KACHAK…..
Pintu bilik saya dibuka. Saya menoleh dan saya melihat seorang doctor berjalan menuju ke arah saya yang sedang berbaring di atas katil. Dia kelihatan agak muda, mungkin hampir sama usia dengan saya. Di tangan kanannya dia memegang fail yang agak tebal. Dia mengambil kerusi di tepi dan duduk di sebelah saya.
“Ana Nur Rahmah?” Tanya doctor itu kepada saya.
“ya saya.” Balas saya dengan penuh tertanya-tanya, siapakah dia?
“salam, saya adalah doctor pelatih, nama saya Wan. Saya ditugaskan untuk menggantikan doctor Jamilah selama seminggu.”
“oh, ok.” Saya membalas kata doctor itu. Tapi saya bukannya kenal sangat pun doctor Jamilah tu…..
“sekarang saya datang untuk lebih mengenal cik dengan maklumat yang ada dalam fail ini.”
“ya…” balas saya dengan suara tidak bermaya. kalau boleh saya tidak mahu membalas apa-apa soalan mahupun berjumpa dengan sesiapa….
“Baiklah, menurut maklumat dalam file ini…” Doktor Wan membuka fail. Dia melihat biodata saya dan mula menyebut data yang ada di dalam file dia.
NAMA: ANA NUR RAHMAH BT JAMIL
TARIKH LAHIR: 12.4.1991. (20 tahun)
JANTINA: PEREMPUAN
STATUS: PELAJAR
NAMA AYAH: JAMIL B JUNAID
NAMA IBU: REZEKIAH B MASHYUR
JENIS DARAH:AB+
WARGANEGARA:MALAYSIA
BERAT:54 KG
TINGGI:155 CM
ALAMAT: LOT XX, JLN TMN BAHAGIA 2, TMN RIANG, XXXX
NO TEL.: XXX-XXXXXXXX
“ok, saya dah tengok biodata awak, tapi saya akan Tanya dengan lagi detail, sebab saya disuruh untuk mengetahui sejarah penyakit keluarga awak.”
“ok.”
“awak tahu ke jenis darah mak ayah awak?”
“tahu, ayah A+, mak B+”
“pernahkah mereka ada sejarah penyakit yang sama dengan awak?”
“…. Datuk saya pernah ada penyakit yang sama….”
Kemudian Doktor Wan menulis maklumat itu di dalam kertas. Dia bertanya lagi.
“awak ada adik-beradik?”
“ya, 3 orang, 1 kakak, 1 abang, dan 1 adik lelaki.”
“baik…” dan dia memasukkan kertas yang mempunyai maklumat mengenai saya ke dalam file dia.
Kemudian dia bersenyum. “saya panggil awak Ana bolehkan?”
Saya dengan bermasam muka membalas pertanyaan dia “suka hati doctor, saya Cuma nak benda ni cepat habis…”
“baiklah…. dan… oh! Alamak!” doctor wan bergegas keluar. Dia keluar mencari seorang jururawat berdekatan dan meminta sesuatu dari jururawat tersebut. Kemudian dia mengikut jururawat tersebut. Selepas beberapa ketika dia datang balik dengan membawa peralatan untuk memeriksa tekanan darah, alat untuk ambil darah, stetoskop dan ubat yang saya pun tidak tahu apa namanya. Dan di sebelah dia adanya jururawat untuk membantu dia.
Dia berbisik pada jururawat tersebut. “kak Chen, tolong jangan bagitau doctor yang lain saya lupa nak bawak barang ni…. Nanti mampus saya.”
Jururawat itu mengeleng-geleng kepala dan berkata “ya… nanti belanja saya makan malam besar nanti.”
Doctor Wan dengan suara kecil berkata “thank you, thank you.”
Selepas itu doctor Wan dengan jururawat mengambil darah saya, mengukur tekanan darah saya dan memeriksa pernafasan saya.
Selesai itu, mulanya proses yang saya memang tidak suka. Iaitu mengambil ubat. Ubat yang doctor berikan kali ini kena diberikan melalui suntikan di tulang belakang saya. doctor dan jururawat mengangkat saya dan membuat saya duduk dan tarik baju sampai Nampak belakang saya. satu demi satu ubat diberikan. Yang sakitnya semasa suntikan ini bukannya semasa jarum itu dicucuk, tetapi semasa ubat itu masuk ke dalam badan, terutama dalam tulang belakang.
“tahan sikit, sekejap aja, ana.” Kata doctor sambil memasukkan ubat ke dalam tulang belakang saya.
Saya nak sangat menjerit dan menangis, tetapi saya dah besar, saya tak boleh buat demikian. Saya hanya boleh menahan sahaja sehingga sakit itu kebas dalam badan saya.
Selepas selesai, saya memakai baju semula dan doctor dan jururawat baringkan saya. berkata “ ana, kalau boleh jangan keluar dari bilik ini buat masa sekarang. “
“saya memang tak larat nak keluar pun buat masa sekarang…” jawap saya dengan nada keletihan. Doctor dan jururawat itu pun keluar.
Saya hanya terus memandang tingkap. Dan saya melihat sms kawan saya yang bertulis ‘maaf ya, saya ada hal, tak dapat datang jenguk ana…’. Sms ini dah 3 bulan. Kawan saya masih tak dapat datang sebab dia masih ada hal, walaupun saya tahu apa sebab dia yang sebenarnya.
Apa boleh buat…. Dia akan menduduki ujian semester terakhir di universiti T. pada masa sekarang ini pun, saya sepatutnya buat benda yang sama. Kalau bukan kerana sakit ini….
Saya mula teringat balik masa saya datang ke hospital, saya ingatkan saya Cuma demam teruk sahaja, sampai doctor kata pada saya saya mengidap leukimia akut yang teruk. Sejak masa itu, saya tak dapat keluar berenang, tak dapat terus belajar di universiti, dan tinggal di hospital dengan kesakitan.
Apa boleh buat… saya Cuma sakit sahaja… apa boleh buat… tapi ini terlalu pedih untuk saya hadapi… saya nak berenang… saya nak keluar tanpa rasa sakit… saya nak belajar… tak lama lalu pensyarah bahasa Inggeris bukan aliran utama saya Mr. Singh kata bahasa Inggeris saya sangat bagus… saya Berjaya siapkan kerja matematik saya… saya baru sahaja mula… ini ke pengakhiran saya?
Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan… dan ditutup dengan perlahan-lahan… seorang kanak-kanak dalam usia 7 tahun datang ke arah saya. “kak ana, kakak sakit lagi ke?”
Budak itu adalah Aiman, adik lelaki saya. dia budak baik dan pandai. Dia juga mempunyai sel tulang sumsum yang sama dengan saya, tapi dia terlalu kecil untuk dermakan sel tulang sumsum kepada saya. “ saya tak apa-apa adik, mana kakak?”
“saya beli air kotak susu tadi..” kata kakak dengan buka pintu perlahan-lahan. Kakak Aina,  4 tahun lagi tua dari saya. baru sahaja habis belajar ijazah dalam bidang bahasa luar Negara dan komunikasi. Kakak dapat menguasai 3 bahasa selain bahasa Melayu iaitu bahasa Russia, Inggeris, dan Cina. Kakak juga yang mengajar saya berbahasa inggeris dengan bagus, tapi saya tak dapat menguasai yang lain. Mak selalu panggil kakak angah, tapi saya dah biasa panggil kakak sahaja.
“awak ok ke ana? Masih hidup lagi?” Tanya kakak dengan nada sindiran. Biasanya saya akan balas dengan kelakar, tapi saya tiada mood untuk menjawab pertanyaan kakak. Saya hanya merasa pedih dengan ayat kakak. Kakak menyedari perbuatannya menyakitkan hati saya, dia meminta maaf pada saya. tapi dia tetap terus berkata-kata. Dia bercakap dengan semangat “jangan macam tu Ana, abang datang ke Malaysia hari ini.”
“apa?”
“Abang balik esok. Dia akan datang ke hospital esok.” Kata kakak dengan nada memberikan semangat pada saya.
Abang Amir, 7 tahun lagi tua dari saya dan bekerja dalam FULFIL CORPORATION, syarikat dari luar Negara yang associate dengan J. Macbeth, pengasas Science and Future Project, projek yang mengumpulkan ‘child prodigy’ dari seluruh dunia dan OSSE, syarikat pengeluar minyak yang terkenal akan balik dari Amerika. Ini berita yang betul-betul mengejutkan kerana dia tak dapat balik ke Malaysia selama 3 tahun sejak dia tamatkan ijazah dan masuk ke syarikat tersebut, tapi kali ini dia akan balik.
“kakak! Abang betul-betul nak balik jumpa kakak!” kata Aiman dengan nada gembira. Tetapi hati saya rasa ragu-ragu.
“kakak?”Tanya saya pada kakak.
“ya?”
“betul ke abang datang untuk jumpa dengan saya?”
“ish, apa awak….”
“cakap je dengan terus terang kakak.” Saya menegaskan kata-kata saya terhadap kakak saya. kakak mula memandang ke bawah dan mengeluh. “ada doctor dari FULFIL CORPORATION akan datang ke Malaysia. Abang akan jadi wakil pekerja dari FULFIL CORPORATION di Malaysia untuk membantu doctor itu sebagai pembimbing dan penterjemah. Tapi saya tak tahu kajian apa yang mereka hendak buat dalam hospital ini.”
“tak apa kakak, terima kasih kerana beritahu hal yang sebenar.” Dan saya memandang jauh di luar tingkap. Apa boleh buat… itu sahaja apa yang boleh fikirkan dalam otak saya.
“ana… jangan macam ni…” kata kakak.
“dulu kakak kelakar dan positif. Tapi kakak tak pandang Aiman pun…” kata Aiman. Bila dia berkata demikian, saya memandang dia dan bersenyum, tetapi senyuman saya Nampak terlalu terpaksa. Aiman tahu tapi dia gelak dan berkata ”itulah kakak Ana yang saya kenal!”
Kakak mendekati saya. dan dia peluk saya. “kuatkan semangat, Ana. Jangan putus asa lagi.” Suhu badan kakak dari pelukannya itu dapat dirasa kerana badan saya agak sejuk. Mungkin kerana saya kurang darah.
Kakak lepaskan saya dari pelukannya. “besok mak dan ayah akan datang sekali! Kuatkan semangat ok?!” kata kakak dengan nada yang bersemangat. Selepas itu mereka duduk dalam bilik saya dan terus berbual kosong dengan saya mengenai hal mereka, mengenai hal saya ketika dapat suntikan sehingga masa pelawat datang sudah habis.
Mereka beredar dengan berjanji akan datang lagi. Pada masa saya keseorangan inilah saya mula memikirkan perbuatan saya terhadap Aiman dan kakak. Perbuatan saya memang agak kasar. Saya tahu mereka datang untuk menceriakan hati saya. Tapi saya merasa sedih kerana pertanyaan yang menyakitkan hati menusuk hati saya. Kenapa mak dan ayah tidak datang? Kenapa abang tidak beritahu saya dia akan balik? Kenapa kawan saya tak jumpa dengan saya lagi dah? Dan yang paling penting…. Kenapa saya menjadi semakin negative? Mungkin saya sakit, sebab tu saya macam ini, itulah apa yang saya katakan pada diri saya. saya menyalahkan sakit saya supaya saya boleh melegakan hati saya. tapi bila saya berbuat demikian, hati saya menjadi semakin sakit. Saya menangis tanpa mengeluarkan suara saya. sebab saya boleh merasakan sebab sakit ini jugalah saya akan mati…

No comments:

Post a Comment