Wednesday, August 3, 2011

FULFILL (chapter 3)

Ahahaha ……. Hahaha…..
“Hei, marilah cepat, kakak!” adik berlari dengan gembira sekali.
“nanti, tunggu saya!” kata kakak dibelakangku.
“jaga korang, giliran saya pulak!” kata abang mengejar kami bertiga.
Saya berlari dengan penuh bertenaga. Seolah-olah saya telah melupakan segala-galanya. Persekitaran saya begitu luas sekali. Saya merasakan tenaga yang sungguh kuat di hati saya.
“saya dahulu!!”  SPPLAAASH!!! adik melompat dengan kuat dan terjun jauh ke dalam tasik yang besar di bawah tebing itu. Dengan tidak ragu-ragu saya juga melompat ke tasik itu. SPLAAASH!!! BRRRR! Sejuknya air ini!
“tepi! Tepi!!” kata kakak dan melompat serentak dengan abang sekali.  SPLAAASH!!!!!!!! Bunyinya juga lebih kuat. Saya mengapungkan diri saya sekuat hati saya dan saya menggigil kesejukan sehingga mulut saya terketar-ketar. Adik mencampak air ke muka saya, SEJUKNYA!! Saya balas balik dengan menolak air sekuat hati saya. kakak dan abang turut serta dengan berlawan sesama kita.
Akhirnya kami berhenti kerana keletihan. Walaupun saya merasa geram, hati saya menjadi sejuk kerana berada di dalam air biarpun air pun dah tidak menjadi sejuk.
“mari baringkan badan kita sama-sama,” kata abang . kami mengapungkan badan kami dengan berbaring, kemudian kami memegang tangan masing-masing dan membentuk bulatan dengan kaki  luar, kepala di dalam.”nampak? kita boleh lihat awan dengan serentak kan?” kata abang dengan senyum. “kalaulah masa boleh berhenti, abang nak keseronokan ini boleh diteruskan…” nada abang menjadi lebih lembut. Ya, abang akan pergi ke luar Negara untuk belajar nanti….
“alah, nanti bila abang dah kerja, abang belanjalah kitorang. Lagi best kan?” kata kakak dengan nada mengejek.
“hish, kau ni memang, kedekut nombor satu!” abang melepaskan tangan dan mencampak air dekat kakak. Kakak bergelak dan menolak air melawan abang. Saya dan adik pun turut menjadi mangsa kena tolak air dan sekali lagi kami berlawan mencampak air antara satu sama lain. Akhirnya kami berhenti sekali lagi kerana kepenatan.
“matahari dah naik tinggi sangat ni, jom lah balik, mama dan ayah risau karang pasal lama sangat dalam air, jom.” Kata abang dan dia berenang menuju ke daratan. “ya, jom kita lumba renang!” kata adik dengan berenang mengatasi abang.
“ahhh! Kau ni memang!!!” abang marah dan cuba berenang dengan lebih laju. Saya dan kakak cuba mengejar mereka berdua. Saya berenang selaju yang boleh, sekuat hati mengatasi abang, dan mengatasi adik. Saya dah nak sampai ke destinasi, sikit lagi, sikit lagi, ya! Saya Berjaya!!!
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
AH! Saya… mimpi…? Saya melihat sekeliling saya, gelap dan sejuk. Saya masih berada di dalam mimpi ngeri ini lagi. Tetapi mimpi yang saya ada begitu jelas, tidak macam mimpi. Abang, kakak, adik, mama dan ayah. Kenapa saya ada mimpi macam itu? Tak, sepatutnya saya Tanya pada diri saya, siapakah saya? macamana saya boleh berada di sini? Tenang dulu, fikir betul-betul…. Fikir balik, saya dalam mimpi tadi bercakap lain dengan apa yang saya pernah tuturkan dengan doctor dan jururawat dulu…. Kulit dan mata saya juga berbeza dengan mereka…. Ada kemungkinan, mimpi ini bukan khayalan!
NNNGGGAUUUMMM!!!!
Jeritan binatang buas terdengar dengan lebih jelas lagi. Hatiku mula takut semula. Darah menyirap pantas dalam tubuh saya. jantungku berdegup dengan kencang sekali. Saya melihat sekeliling saya yang gelap tetapi saya tidak Nampak apa-apa.
PRAAAKKKK!! Bergegar pokok yang saya duduk sekarang! Saya pegang dahan pokok dengan kuat dan saya melihat bawah saya. saya tidak dapat percaya dengan apa yang saya Nampak. saya melihat serigala yang besar, bermata merah dan kelihatan bagaikan zombie cuba hendak memakan saya.
Dia cuba hendak memanjat pokok yang saya duduk sekarang! Dia cuba sedaya upaya hendak memanjat pokok ini menggunakan cakar dia yang sangat tajam!
Tak boleh jadi ! saya kena lakukan sesuatu! Saya bangkit dari pokok ini dan melihat sekeliling saya. saya ternampak pokok yang berdekatan. Saya cuba melompat menuju ke pokok yang lain, dan saya Berjaya melakukannya! Serigala itu turun dari pokok itu dan cuba nak berlanggar dengan pokok yang saya baru sahaja capai!
PRAAAKK!!
Aduh! Bergegar otak saya dibuatnya!
PRRRAAAAK!!!
Kali ini lagi kuat! Saya mengambil pucuk pistol saya yang tiada peluru dan mencampak pistol tersebut terhadap serigala itu!
Malangnya tak kena!!! Serigala itu dengan lagi galaknya…..!!!
PRAAKKK!PRRRRAAAAAAKKKK!!!!!PRAKKKKK!!!!!!!!
BODOH! Apa yang saya buat ni?! Saya ambil satu lagi pistol dan menembak dia!
BBAAAANNNG!!! Saya kena pada bahu dia!
NNGGGAAAAUUUUUMMMM!!!!
Serigala itu berundur jauh dari pokok ini. Saya turun dari pokok itu dan mengacukan pistol itu pada serigala itu. Sesuatu yang saya tidak dapat bayangkan berlaku……..
Luka yang ada pada serigala itu tidak memberi kesan langsung….. dan serigala itu memancarkan api pada mulutnya!
FFFRRROOOOOOSSSHHHHH!!!! Saya cuba mengelak dari api itu! Dan saya tembak kepala serigala itu!
BBBAAAAAANNNNGGG!!!!
Tepat pada sasaran!
NNNGGGAAAAUUUUUUUMMM!!!! Serigala itu terbaring dengan tembakan itu!
Saya berlari dengan secepat mungkin! Degupan jantung saya begitu laju hinggakan saya boleh mendengarnya! Udara di sekeliling saya menjadi semakin sejuk…. Tetapi saya tetap berlari dan berlari! Saya tak larat…… saya semakin penat……. Hargh….hargh…..tak…. saya tak boleh berhenti! Saya kena hidup! Saya …. Kena ….. buat sesuatu…!
Akhirnya saya berhenti di tepi sungai! Khok! Khok! Saya dapat menarik nafas semula. Hah! Penatnya! Saya rasa macam nak pengsan sahaja…….
Grakk… grak…..
Ada bunyi dari arah tadi?! Serigala tadi itu ke? Saya mengacukan pistol dan cuba menenangkan diri saya yang menggigil kerana kesejukan dan keletihan. Tenang, saya, tembak sahaja serigala itu lagi. Saya ada banyak peluru. Saya ada 4 pistol lagi. Tapi saya tak tahu berapa banyak peluru yang ada….. ahhh!!! Jangan fikir panjang! Focus dengan apa yang ada di depan mata!
Grakk… grakkk… shhhaaaa…. Mata saya mula dapat melihat kegelapan……dan apa yang saya lihat….
Sekali lagi saya tidak dapat percaya dengan apa yang saya nampak. saya tahu memang ada manusia yang dah tidak dapat dikenal pasti  bentuknya sebab saya memang dah Nampak, dan saya rasa bersalah sebab manusia itu masih mempunyai perikemanusiaan….. tapi manusia ini, dengan badan 2 kali ganda dari diri saya, memegang kepala serigala yang mungkin serigala yang telah tembak tadi, mengunyah daging yang masih lagi mentah. Kaki saya menggigil kerana saya tidak tahu apa yang lakukan….
Cahaya bulan memancar pemandangan sekeliling. Saya dapat melihat dengan lagi jelas manusia itu. Giginya yang kuning yang mengunyah daging itu mengerunkan saya lagi. Saya menjadi semakin kelam kabut. Tangan saya menggigil dengan lebih kuat akibat ketakutan yang  teramat sangat. Lelaki berjanggut itu memandang saya . matanya yang hitam bersinar dan rambutnya yang hitam menampakkan lagi kegerunan lelaki ini dengan badannya yang penuh dengan luka dan bajunya yang diperbuat daripada kulit binatang. Dia Nampak macam orang yang tinggal di dalam hutan kalau tangan kanannya tiada gelang besi yang sama dengan saya.
Lelaki itu makan dengan lagi lahap dan mencampak kepala serigala itu, dan melompat ke arah…..SAYA!!!
ARRRGGGGHHHH! Saya elak lelaki itu dengan berlari menuju ke sebelah sungai.
BAAAANNNNGGG!!!! Berlubang tanah itu akibat kena tumbukan lelaki tersebut. Dia menarik tangannya dan memandang saya!
Selepas saya beredar dari sungai itu, saya menembak lelaki itu
BAANG!! Saya berjaya tembak bahu dia! Tapi dia macam tidak merasa apa-apa! Saya tembak dia lagi!
BAAANG!!!BAAAANGGG!! saya tembak dua das peluru tapi hanya satu sahaja yang kena sebelah lagi bahu dia! Saya cuba tembak lagi!
Klak! Klak! Habis peluru! Saya mencampakkan pistol pada dia! Lelaki itu lagi mara ke arah saya!
Saya mengambil satu lagi pistol dan tembak kaki dia!
AARRRGGHHH!!! Jerit orang itu dan dia melutut kesakitan! Saya berlari secepat mungkin supaya saya dapat beredar dari situ dan merangka strategi yang baru!
Peluru yang berada di lututnya keluar dengan segera apabila lelaki itu menggunakan ototnya untuk menolak keluar peluru itu. Diikuti dengan peluru yang lain juga, lelaki itu berlari meluru mengejar ke arah saya dan saya menembaknya dengan pistol saya yang ke-3!
BANG! KENA PEHANYA! Tapi lelaki itu mara juga walaupun kesakitan! Sekali lagi saya cuba tembak dia!
KLAK! Tiada peluru! Tangannya diangkat tinggi dan dia memegang kepala saya bagaikanbola yang besar dan mengangkat saya!
Uuurgh!! Sakitnya! Dia mencengkam kelapa saya!!!! uuurrrggghhhh…….saya… akan jadi macam orang yang saya bunuh….
Fikir balik….dia boleh ….keluarkan…elektrik…macamana….dia….keluarkan…..?
Adakah…. Macam… ini…..?
Saya memegang tangan lelaki yang sedang memegang tangan saya. saya merasakan satu tenaga yang sangat kuat di dalam badan saya yang membolehkan saya keluarkannya. Satu tenaga elektrik  yang sangat kuat keluar dari badan saya dan mengalir ke seluruh badan lelaki itu.
AAAARRRRRGGGGHHHHHHHHH!!!!!!
Lelaki itu mula melepaskan tangan tapi saya tetap memegang tangannya.
UUURRRGGGGHHHHIIIIIAAAAHHHH!!!!
Lelaki itu tersungkur akhirnya, rebah ke bumi dengan badannya yang sudah hangus. Saya kena lari…. Cepat….
Saya cuba berlari dengan secepat mungkin, tetapi tidak bermaya selepas apa yang saya telah lalui. Akhirnya saya bersandar di pokok yang besar. Keletihan membuatkan saya memejamkan mata saya dan saya Cuma boleh berdoa tiada bahaya yang akan datang bila saya tidur…..

1 comment: