Wednesday, August 3, 2011

FULFILL (chapter 2)


Doctor yang tua, pendek, memakai kacamata sebelah, dan bertongkat berjalan menuju ke arah sebuah bilik yang besar. Dia mengetuk pintu dan menunggu jawapan dari pintu yang sebelah.
“come in.” suara mesin membalas ketukan itu. Lelaki itu pun masuk dengan perlahan-lahan.
Di dalam bilik yang mewah itu terdapat dua buah kerusi yang besar dan mewah, bertentangan antara satu sama lain, dan di tengahnya terdapat set catur yang lengkap yang mana diduduk oleh seorang lelaki yang tua di sebelah catur hitam dan lelaki yang muda di sebelah catur putih. Di hadapan dua orang lelaki itu lagi terdapat pemanas masonri yang cukup mewah dan memancarkan cahaya yang cukup untuk menerangkan bilik itu.Di sekeliling bilik itu terdapat gambar lelaki tua yang bermain catur dan rak perpustakaan mini dan meja dan kerusi yang lengkap serta lampu elektrik untuk menerangkan lagi bilik itu.
“What is it Sir Viscolf?” kata lelaki tua yang duduk di salah sebuah kerusi yang besar dan mewah. Misainya agak besar dan perutnya yang buncit dapat dilihat walau dia sedang duduk. Dia menggerakkan tangannya untuk menggerakkan salah sebuah catur hitam yang berada dihadapannya.
“I have something to tell you.” Kata Sir Viscolf dengan nada yang tenang. Matanya mula dapat melihat kegelapan dengan lebih jelas.
“is it about your psychic?” kata seorang lagi lelaki muda yang duduk di satu lagi kerusi. Suaranya lebih muda, bagai orang yang belum mencapai akil baligh tetapi mempunyai badan yang bagaikan askar. Jika dilihat betul-betul, dia masih lagi berada dalam usia belasantahun sahaja. Catur putih tiba-tiba bergerak menuju ke destinasinya.
“no, not that one.” Kata Sir Viscolf. Dia bersenyum dan berkata “we have a really interesting event that might happen a few days ago.”
“speak, Sir Viscolf.” Kata lelaki tua itu dengan penuh pertanyaan.
“Yes, master.” Kata Sir Viscolf. “you see sire, since 100 years ago, we have a problem with the sea of bodies of our experiment that does not decay. But then, yesterday, our nurses find out that the bodies that cannot be decayed unless it must be treated like flammable substances turn to sand or to be precise, compost soil. ”
Kedua orang lelaki itu berhenti bermain catur dan mendengar kata Sir Viscolf.
“we have trying to search the cause of sudden compost soil at that place, and we found a hole, which might have been done by one of our ‘failures’. But I don’t know which one is it because we have too many list of failures.”
“I see where our conversation goes now.” Kata lelaki tua itu dengan senyum sinis. “we have a successful among the failures.”
“or a failure among the failures.” Telefon bimbit lelaki muda itu berbunyi ,lelaki muda itu bangkit dan dia membuka pesanan yang terdapat di dalamnya. “still, that is a really fine prey.” Kata lelaki muda itu dengan senyum sinis. Dia meletakkan telefon bimbit ke dalam sakunya dan berkata“how unfortunate that I cannot join the hunting. But this time, father, you can be as one of us now, and our dreams will come true.”
“no need to thank me Yohan. Just go and finish the ‘traitor’. I will make myself younger again.” Kata lelaki tua itu dengan penuh kepuasan di hatinya.
“allow me to go father.” Yohan beredar dari bilik itu meniggalkan dua orang lelaki yang tua. Sir Viscolf mula menanyakan tuannya “please give me the order master, I will hunt the man, and you sire, I will prepare a serum to make you younger again.”
“very well, do as you wish.” Lelaki tua itu bangkit dan keluar dari bilik itu diikuti dengan Sir Viscolf.  
“it’s been a long time since we have a really strong experiment,” kata Sir Viscolf.
“just don’t make the same mistake again.” Kata lelaki tua itu dengan girang.
“yes, sire,” kata Sir Viscolf.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Saya kena lakukan sesuatu! Saya kena pergi dari tempat ini! Tapi….tapi mana saya kena pergi? Saya Cuma mundar mandir dari dalam hutan ini. Langit pun dah mula menjadi gelap. Ketakutan mula menyelubungi diri saya. bagaimana kalau saya jumpa makhluk yang sama dengan tadi? Apa patut saya lakukan, hari ini menjadi semakin sejuk….
Saya kena bakar unggun api…tak! Tak boleh! Bagaimana kalau makhluk itu muncul!
NNGGGGAAAUUMMMM!!!
Darah dah mula mengalir dengan kencang sekali. Jantungku bagaikan hendak melompat keluar. Saya! fikir! Fikir apa patut buat sekarang! DUUK! Aduh, sakitnya… saya terlanggar pokok pula… ah! Saya kena panjat pokok ni! Tapi saya dah cuba tadi… tak dapat…. Ah! Cuba aja lah!!!
Saya memanjat pokok besar itu banyak kali, tetapi tidak dapat kerana tiada ranting atau dahan untuk dipegang atau dipaut, tetapi saya kena teruskan juga kerana saya merasakan pokok yang dahannya tinggi lebih selamat berbanding yang lain.
Cubaan kali kesepuluh!!! Urrgghh! Sikit…lagi… tangan saya tergelincir, tapi saya pegang pokok ini dengan kaki saya sekuat hati, saya menurun dengan agak perlahan. Jangan putus asa, arrgh! Akhirnya! Saya Berjaya berpaut pada dahan! Saya cuba lagi meneruskan kudrat saya untuk memegang dahannya pula, dan saya Berjaya memanjat pokok itu. Saya memanjat lagi dahan pokok itu untuk mencari dahan yang lebih besar dan sesuai untuk saya berehat. Apabila saya menjumpai dahan yang besar, saya berehat di atas dahan itu.
Ahhh….penatnya… bila saya melepaskan lelah, pelbagai fikiran mula datang kepada saya… rasa letih, sejuk, lapar, dahaga, dan takut mula datang kepada saya. tetapi, air mata saya datang semula apabila mengingatkan apa yang telah saya lakukan tadi…. Saya telah membunuh seseorang….. dan saya menangis dan menangis sehingga saya tertidur…..

1 comment: