Mata saya sangat sakit sebab ditusuk dengan pasir…. Angin sangat kencang sampai keadaan sekeliling saya menjadi kabus ….. dah berapa lama saya ada di sini….? Saya boleh bergerak…? Saya ingatkan saya tak boleh bergerak…. Dan… sejuknya…. Kalau ada baju..mata saya mula dapat melihat dengaan jelas….banyak barang berselerak di pasir ini…baju pesakit…katil…Baik saya cari baju…. Mujur ada banyak baju di tempat pasir ni….
Ketika saya berjalan…. Saya ternampak baju jururawat itu, tapi dia tak ada di sini….Cuma pasir sahaja…. Adakah… tak mungkin, tak mungkin. KRAK, saya terpijak sesuatu, ini…pistol? Maknanya bunyi tadi yang saya dengar tu, jururawat tu bunuh diri? Terlalu banyak persoalan yang bermain di hati saya, tapi saya kena lakukan sesuatu untuk keluar dari tempat ini. Saya mengambil pistol itu dan memakai baju jururawat itu. Besarnya baju ni, tapi apa boleh buat, saya kena pakai untuk memanaskan badan saya.
Saya cuba mencari lagi barang di sekeliling saya, dan saya Nampak beberapa pucuk pistol dengan pakaian, tapi saya tertanya-tanya sama ada pistol ini ada peluru atau tidak. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan peluru sahaja. Pistol pun susah kalau bawa banyak sangat. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil 5 pucuk pistol sahaja. Kalau tiada peluru saya boleh campak pistol ini.
Saya cuba melihat sekeliling saya untuk menentukan arah mana saya kena pergi. Setelah lama berfikir saya cuba berjalan mengikut gerak hati saya sahaja. Apabila saya berjalan ke arah itu, saya ternampak tebing yang agak tinggi. Saya dapat merasakan diri saya tidak dapat mendaki tebing itu. Saya cuba untuk berjalan ke arah yang lain, dan Cuma tebing sahaja yang saya ternampak. Jadi saya cuba berjalan menyusuri tebing itu. Saya tertanya-tanya, adakah saya berada di dalam lubang yang besar? Tidak lama selepas itu, saya dapat merasakan angin yang bertiup kencang. Saya cuba berjalan menuju ke arah angin itu dan saya ternampak satu lubang yang besar, dan di lubang itu seakan-akan telah dibakar atau dileburkan dengan sesuatu yang panas.
Saya berjalan ke arah lubang itu. Lubang itu tidaklah terlalu dalam, sebab saya boleh ternampak cahaya matahari yang agak kelam. Selepas saya keluar dari lubang itu, saya ternampak hutan yang penuh dengan pokok yang bagaikan pokok Christmas. Saya merasa lapar, sejuk dan letih. Kalau diikutkan saya hendak berhanti sahaja. Tapi saya kena meneruskan perjalanan saya kalau tidak saya boleh mati kesejukan. Saya cuba mencari pokok yang tinggi . Tidak lama selepas itu saya menjumpai pokok yang tinggi. Saya cuba memanjat pokok yang tinggi itu tetapi gagal. Akhirnya saya berjalan ke dalam hutan dengan mengikut suara hati saya.
Akhirnya saya menjumpai sungai! Saya meminum air sungai itu dengan cepat sepuas-puas hati saya. apabila saya melihat sekeliling saya ternampak buah-buah yang kecil. Saya cuba mengambil sedikit dan merasa buah itu. Buah itu agak masam tetapi dapat menghilangkan lapar saya. selepas saya berehat sekejap, saya cuba meneruskan perjalanan saya.
Beberapa ketika selepas saya berjalan, saya terbau bau yang sangat busuk, membuatkan mata saya berair. Saya merasa ragu-ragu sama ada saya patut atau tidak menuju ke arah bau itu. Perasaan ingin tahu saya mula mengatasi rasa takut saya. saya bergerak menuju ke arah bau busuk itu.
Apa yang saya ternampak ialah segumpal daging yang besar dan busuk yang boleh bergerak. Ianya sungguh mengerikan, dan menjijikkan, saya hampir-hampir muntah dibuatnya. Saya membuat pusingan yang besar terhadap gumpalan daging itu, dan saya dapat melihat telinga, m..muka bagaikan manusia..? darah saya menyirap naik ke otak dan saya terjatuh kerana terlalu terkejut dengan apa yang saya telah nampak. muka gumpalan daging itu bergerak dan membuka matanya dan saya dan gumpalan daging itu bertentang mata. Gumpalan itu menjerit dan mengeluarkan elektrik di sekelilingnya. Saya terkejut dan cuba berlari dari gumpalan itu.
Saya terjatuh akibat terlanggar batu. ketika saya bangun, gumpalan daging itu sangat dekat dengan saya. saya menjerit dan saya mengambil pistol yang saya bawa dan menembak gumpalan daging itu sehingga habis peluru saya dari pistol tersebut. akibat kena tembakan pistol saya, banyak darah keluar dari badannya dan benda itu menjerit dengan lagi kuat. Saya memegang telinga saya dan cuba untuk bangkit dan berlari….
UUUAAAHHHHEEEELLLLPPPMMMMEEEEE!!!
EEEEELLLLLLPPPPMMMEEEE!!!!
EEEEELLLLLPPPPMMEEE!!!
Apa yang saya dengar itu? Saya memandang gumpalan daging itu, dan saya melihat mukanya. Adakah benda itu sebenarnya meminta tolong? Jadi….apa yang saya dah buat? Benda itu adalah….manusia? apa yang saya …telah …buat?
Saya merasa sangat bersalah . saya telah melakukan sesuatu yang sangat buruk terhadap dia. Saya datang ke arah gumpalan daging itu dan cuba untuk merawat makhluk itu. Tapi, tiada apa yang saya boleh lakukan, dia sudah tidak dapat bertahan lama.
“I, I’m sorry…..” saya cuba meminta maaf kepada dia terhadap apa yang telah saya lakukan. Saya cuba memegang mukanya. Air mata saya mengalir dengan begitu deras sekali.
Makhluk itu menutup matanya…. Dan makhluk itu bertukar menjadi pasir dengan perlahan-lahan. Saya tidak dapat menahan sebak saya dan menangis sekuat hati saya.
Memori saya ketika saya berada di dalam bilik putih itu dating kepada saya. saya telah terlupa yang saya memang melihat lautan manusia yang ngeri, dan gumpalan itu adalah buktinya. Saya mula takut teramat sangat dengan apa yang saya telah lalui.
Saya masih tidak beredar dari neraka ini lagi……
nice story maryam
ReplyDelete:)
tp tulisan sgt kecik la..
dan latar sgt gelap..
sukar sikit nak bace
:)