Wednesday, October 12, 2011

FULFILL (chapter 5)


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Seekor tikus zombi yang besar bergerak secara perlahan dengan meninggalkan sedikit demi sedikit kesan sisa daging dari badannya.
BANG! Satu tembakan kena pada badan tikus besar itu tapi tikus itu bergerak bagaikan tiada apa-apa. 5 askar memerhatikan luka tikus itu. Selepas beberapa ketika, askar itu mengangkat senapangnya dan menembak tikus itu.
BANG!! BANG!!! Dua tembakan kena pada kepala tikus itu. Tikus itu rebah, tapi masih lagi menggerakkan lagi kakinya. Askar-askar itu membakar tikus itu dan menggali lubang yang dalam.
Selepas tikus itu dibakar, badan tikus itu ditanam dalam lubang yang dalam itu.
“Team one, status. Order” bunyi dari walkie talkie salah seorang askar….
Askar yang memegang walkie talkie tersebut membalas “One guinea pig zombie, negative. Order”
“Team two, status. Order” walkie talkie itu meneruskan panggilan untuk kumpulan lain.
“Two unidentified creature, negative. One man died. Order”
“Team three, status. Order”
“……………..”
“Team three, status. Order”
“……………….*click……………”
“Team two,team one, to the east river!!  CLICK!!”
Ada sesuatu yang telah berlaku pada kumpulan 3. Kumpulan 1 meneruskan misinya dengan mara ke arah sungai.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
1 jam yang lalu…….
Jauh juga perjalanan ini……
Saya dah berjalan buat satu jangka masa yang agak lama….. baik saya berehat dulu…. Dan saya duduk di atas batu di tepi sungai.
Sakitnya kaki saya…… laparnya…. Sejuknya…. Saya patutnya ambil lagi banyak baju jururawat masa itu. Baik saya merancang dulu apa patut saya buat kalau saya jumpa lagi zombie dahsyat atau orang batu.
Sekarang, saya ada 2 pucuk pistol yang saya tak tahu berapa biji peluru, dan saya boleh keluarkan elektrik…. Ataupun saya berkhayal….
AHH!! pening kepala saya dibuatnya! Rasa macam final exam dah dekat sangat!
Final…… exam….? ……………………..apa benda tu………..mmmmaaaarggggghhh!!!! saya tak faham apa-apa pun!!! Kelam kabut otak saya dibuatnya! Dah! Focus dengan apa yang saya boleh buat! Helicopter tu mungkin dah pergi….saya dapat merasakan kehampaan…cukup! Saya sekarang boleh melihat sekeliling, jadi lihat sekeliling, saya!
Saya melihat sekeliling…. Sedapnya mata memandang kalau tiada bahaya di tempat ini. Apa benda yang saya tengah fikir ni….
Bang….
Bunyi sayup-sayup…. Tu bunyi pistol! Ada orang pakai pistol! Tapi tu mungkin orang yang ambil pistol dari tempat berpasir itu…. Atau ada jururawat yang masih hidup….tapi tak kira siapa yang pakai pistol itu, saya kena tahu apa yang terjadi pada pulau ini! 
Saya mula menggerakkan langkah saya menuju ke arah tersebut.  Saya mara ke dalam hutan dengan menguatkan lagi perasaan curiga saya dan menghilangkan perasaan takut saya. Saya mula merasakan denyutan jantung saya….
Akhirnya saya sampai di satu sudut tempat yang  tinggi. Tempat ini penuh dengan pokok yang cukup besar. Saya melihat sekeliling saya, dan saya ternampak 5 orang askar! Ini mendebarkan hati saya! Tapi patutnya saya merasa gembira atau tidak? Adakah mereka dating dari helicopter tadi? Tidak, persoalan yang saya sepatutnya tanyakan pada diri saya, mereka musuh atau kawan saya?
Saya cuba memerhatikan mereka. Patutlah kenapa ada bunyi tembakan, rupanya mereka menembak binatang zombie. Selepas mereka menembak binatang itu, mereka bakar binatang itu. Uhh…. Saya nak sangat berjumpa dengan mereka dan meminta tolong supaya dapat keluar dari tempat ini…..
Askar-askar itu bergerak dan mencari sesuatu. Saya tak tahu apa yang mereka cuba cari, apa yang saya boleh buat Cuma memerhatikan mereka sahaja.
Secara tiba-tiba, ada sesuatu bergerak. Munculnya manusia zombie yang berpakaian macam baju jururawat merangkak mara ke arah askar tersebut. Askar itu menembak bahu jururawat itu! Jururawat itu bergerak menggelupur. Salah seorang askar itu mendekati jururawat itu, dengan mengacukan pistol ke arah kepala jururawat tersebut. Selepas beberapa ketika, askar itu mula hendak menembak tetapi….!
Jururawat itu menyerang askar itu dan mengeluarkan cecair yang boleh meleburkan tanah! Askar itu terkena cecair tersebut dan cedera parah! Askar yang lain menyerang jururawat itu dengan tembakan yang bertubi-tubi! Tetapi serangan itu nampak macam tidak memberi apa-apa kesan!
SREEETTTTTTT!!!!!
APA! Jururawat itu bergerak mengensot macam ular! Kenapa jadi macam ni! (KENAPA SAYA TERKEJUT!!) lajunya jururawat ular tu bergerak! 4 askar yang lain cuba menembak lagi!
Jururawat itu bangkit! Dan menyerang salah seorang askar! Askar itu tidak sedarkan diri. Kemudian salah seorang lagi dililit dengan badan jururawat itu!
PRAKAKAKAKRAK! UUUAAAAAHHHH!!!!
Bunyi apa tu…. Tapi askar itu rebah selepas bunyi itu. Kemudian salah seorang dari 2 askar tersebut tembak lagi tapi peluru senapang itu sudah habis, dan jururawat  itu mara ke arah askar itu!
Saya ambil pistol dan tembak jururawat itu. Saya tahu pistol tidak berkesan dengan jururawat itu tapi sekurang-kurangnya saya boleh buat jururawat itu berhenti sekejap. Saya meluru ke arah jururawat itu dan tembak 3 das lagi! Tembakan yang keempat!
Klak….
Tiada peluru lagi! jururawat itu mara ke arah saya! Saya tidak dapat berfikir apa-apa, melainkan mengelak dan mengangkat tangan saya memegang badannya. Dan ketika badan jururawat itu bersentuhan dengan tangan saya, elektrik keluar dari tangan saya!!!
SYIIIIGIIIAAAHHHH!!!!
Jerit jururawat itu. Saya pegang jururawat itu dengan sekuat hati saya! Akhirnya jururawat itu rebah dengan badannya yang sudah hangus. Saya keletihan dengan apa yang telah berlaku tadi….
Askar-askar yang berada tidak jauh dari penglihatan saya melihat saya. Apa yang patut saya buat ya? Senyum ke bagi salam? Dan saya bersenyum sahaja dan berdiri dengan 2 belah kaki saya.
BANG!!!
!!!! ADUUUH!! Sakitnya kaki saya! Askar itu tembak kaki kiri saya! Rupanya… mereka musuh saya! Saya cuba berlari sekuat hati saya tapi saya tidak berdaya hendak berjalan dengan cepat. Saya cuba sedaya upaya bergerak, dan saya menoleh melihat askar tersebut. Mereka Cuma melihat saya bergelut melarikan diri. Mereka mempermainkan saya!
Api kemarahan bergelora dalam hati saya. Saya merasakan kemarahan sampai saya tidak dapat merasakan kesakitan dalam kaki saya. Askar itu terkejut, dan menghampiri saya. Saya rasa tersangat marah dan satu lagi perasaan yang tidak dapat dikatakan memenuhi akal saya dan saya berlari ke arah askar yang paling dekat dengan saya dan memegang lehernya!
Satu kuasa yang kuat mula memberikan kekuatan dalam tangan saya!
UUUAAAHHH!!!
Jerit askar itu, tapi bukan kerana serangan elektrik tapi satu serangan yang meleburkan seluruh badan askar itu! Badan askar itu semakin lebur! Saya melepaskan tangan saya!
BANGG!!!
Askar seorang lagi menembak bahu saya! Sakitnya memang tidak dapat dikatakan tetapi sementara sahaja. Rupanya luka di bahuku dan dikakiku telah sembuh dengan begitu cepat. Askar itu mengacukan senapangnya pada kepala saya. Dia hampir menekan picu itu!
Dan… segalanya berlaku dengan begitu cepat…… saya telah menyelamatkan diri saya dengan membunuh 2 askar tersebut….. tapi…. Ini juga membuatkan saya sedar saya bukannya manusia….
“Team three, status. Order”
Ada bunyi dari salah seorang askar yang memegang walkie talkie. Masih ada lagi askar yang berada di sini?
Kalau macam itu, Cuma ada satu pilihan sahaja yang saya boleh buat. Saya mengambil walkie talkie itu.
 “Team three, status. Order”
“……………….*click……………”
“Team two,team one, to the east river!!  CLICK!!”
Dengan ini, saya akan berlawan dengan kumpulan askar tadi. Tapi, adakah ini pilihan yang betul?

No comments:

Post a Comment