Sunday, December 4, 2011

Fulfill (chapter7)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Helicopter bergerak menuju ke tepi pantai. Kemudian helicopter itu mendarat dan kipasnya mula berpusing dengan perlahan. Pintu helicopter itu terbuka, dan keluarnya Sir Viscolf dengan seorang budak perempuan dan 2 orang askar dengan memegang senapang. Sir Viscolf melihat sekeliling, matahari sudah mula mendekati laut, dan dalam jangkaan Sir Viscolf, 2-3 jam lagi matahari akan terbenam.
Biasanya keadaan ini akan menyusahkan pemburu kerana waktu malam akan menyukarkan pemburuan. Tetapi Sir Viscolf senyum dengan memandang budak perempuan di sebelahnya.
“well then, let’s get going everybody.” Kata Sir Viscolf. Para askar dan budak perempuan itu bergerak menuju ke dalam hutan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hah…….hah……..hah………..
Dah berapa lama saya lari?
Susahnya nak bernafas…..
Letihnya…..
Tak….. saya tak boleh berhenti…….
……………………………
Uhhh…… kaki saya rasa lembik…….
Saya rasa…..nak muntah!
UUUUWEEEKKKK!
…………
Koff! Koff!(bunyi batuk)
Aduh…..aduh…. saya kena rehat dulu……
Saya mencari pokok untuk dipanjat. Apabila saya sudah jumpa pokok yang sesuai, saya panjat pokok tersebut dan berehat. Huh….. saya dah mula boleh bernafas…..
Apa yang telah terjadi…… kalau saya kenang balik, semua yang terjadi sebelum ini memang tidak masuk akal langsung. Tapi satu persoalan telah mula terdetik dalam hati saya. Patut ke saya teruskan lagi usaha saya untuk keluar dari sini? Saya mula rasa mustahil untuk melakukannya…..dan, kalau saya Berjaya keluar dari sini, apa akan jadi? Apa patut saya buat sekarang? Dan segala fikiran saya mula menjadi kusut. Akibat terlalu bercelaru, saya menangis, air mata keluar dengan deras sekali. Apa patut saya buat?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2 orang askar bergerak sambil melihat sekeliling dengan mengacu senapang yang ada pada tangan mereka. Di belakang pula Sir Viscolf dan budak perempuan itu berjalan dengan agak lenggang.  Kemudian salah seorang askar mengeluarkan alat pengesan.
Rupanya sebelum para askar itu beredar, mereka telah meletakkan tanda sepanjang laluan mereka. Dan tanda itu hanya boleh dikesan dengan alat pengesan yang telah disediakan.
Dengan itu, mereka sampai ke satu tempat di dalam hutan di tempat mereka mula berjumpa dengan ‘subject’ yang mereka mahukan itu. “we are here sir.” kata salah seorang askar tersebut.
Sir Viscolf melihat sekeliling. Dia bertanya “ did the soldiers reply back?” Seorang lagi askar membalas “no sir, we didn’t receive any message from them.”
“then, let’s follow them.”kata Sir Viscolf.
“yes sir.” Balas askar tersebut.
Tetapi budak perempuan itu memegang tangan Sir Viscolf dengan kuat. Sir Viscolf memandang dia. Budak itu menggeleng kepala dia dengan kuat. Melihat keadaan itu, Sir Viscolf berkata “wait!”.
2 orang  askar itu berhenti.  Sir Viscolf mula bertanya “what’s wrong, Sense? This isn’t the right way?”
Budak itu menggeleng kepalanya.
“then, where do we need to go?”
Budak itu menunjukkan jarinya ke arah yang jauh berbeza dari arah yang mereka tuju.
Sir Viscolf bertanya lagi “can you feel the one that we really want?”
Dia mengangguk.
“let me feel what you feel.” Sir  Viscolf menyentuh dahinya. Walaupun Sir Viscolf boleh membaca fikiran orang, tetapi dia tidak boleh membaca fikiran Sense kerana otaknya tidak boleh berfikir akibat daripada hasil eksperimen Sir Viscolf. Sekarang, Sir Viscolf Cuma boleh merasa apa yang Sense rasa dengan menyentuh dahinya. Sir Viscolf focus.
Dia mula boleh merasa sekelilingnya. Bunyi daun, degupan jantung, gerak geri hidupan dan aura hidupan sekeliling. Di destinasi yang mereka sepatutnya pergi memang ada aura makhluk yang agak kuat. Tetapi, di arah yang mana ditunjuk oleh sense, ada aura yang jauh lagi kuat dari makhluk lain, seolah-olah aura itu menelan aura yang lain.
Kenapa ini boleh terjadi?  Adakah ini satu lagi taktik licik yang dilakukan oleh ‘subject’ tersebut? Sir Viscolf mula berfikir. Patutnya dia menuju ke arah yang ditunjukkan oleh sense atau ikut arah yang ditinggalkan oleh askar yang bertugas untuk memburu ‘subject’ tersebut? Setelah lama berfikir, Sir Viscolf membuat satu keputusan, “you,” tunjuk jari Sir Viscolf ke arah salah seorang askar, “go through the trail that has been prepared by your comrade, if you found anything, tell us with walkie talkie, and you,” kata Sir Viscolf pada seorang lagi askar “follow me.” Kata Sir Viscolf dengan memberikan tanda isyarat tangan yang menyuruhnya ikut dia.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sudah berapa lama saya menangis? Saya tak ingat…..
Sakitnya kepala saya……
Saya memusing kepala saya untuk menghilangkan kesakitan kepala saya, dan bila saya memaling, saya ternampak matahari mula berwarna oren, menyinari memandangan hutan yang berwarna hijau. Cantiknya pemandangan yang saya nampak.
Ahh….. saya terlupa pula apa yang saya sedih tadi. Hahaha, saya mula teringat mimpi saya. Adik….kakak…..abang…… mama……ayah. mimpi itu sungguh jelas. Dan sungguh indah.
-jangan lupa kitorang tau…..-
Ya….saya tak lupakan korang. Tu bukannya mimpi….Betul! Tu bukannya mimpi! Saya ada orang yang tunggu saya di luar sana! Saya kena pergi dari sini dan makan kek yang besar! LET’S GO!!!
Saya turun dari pokok yang saya panjat dan saya dengan berkobar-kobarnya!!!!...................mana saya kena pergi ya……..?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sir Viscolf dan Sense berjalan di belakang seorang askar. Beberapa ketika kemudian, walkie talkie
Mula berbunyi “sir, I have found the remains of the soldier.”
Sir Viscolf mula berkata “report the situation,”
“all of them died, attached to one monster.”
“more detail for the monster.”
“a lion, no, a monster attached with many kinds of torso including the body of our men.”
Sir Viscolf mula teringat, tu adalah hasil eksperimen oleh Rudy Xing, seorang saintis yang cukup pandai dan jenis yang tidak dapat dijangka. 50 tahun dahulu, dia yang menyebabkan ‘traitor’ itu lari. Sekarang dia dikurung dengan cara yang mustahil dia dapat larikan diri lagi. “Rudy Xing, you always amaze me….” Bisik Sir Viscolf dengan senyum pahit. Ini kerana Rudy Xing adalah anak murid dia yang cukup cemerlang.  Cemerlang sampai menggugat status Sir Viscolf. Tetapi ini juga membuktikan apa yang Sense beritahu tadi adalah benar. Ini membanggakan hati Sir Viscolf dengan pencapaian Sense dan ‘subject’ yang hendak dicari itu.
Sir Viscolf membalas pada walkie talkie itu, “enough with that monster, follow our trail and catch up with us.”
“yes sire” balas askar tersebut.
……………………………………………………………………………………………………………………………............................
Sekarang ini apa yang saya boleh saya buat adalah kenalpasti kedudukan saya terlebih dahulu. Saya memanjat pokok balik dan melihat sekeliling saya. Bangunan yang besar di tempat yang saya terjatuh dulu saya masih nampak lagi. Patut ke saya terus ke arah bagunan itu atau cari jalan lain? Hmmm……
Hmmm…… kalau saya pergi ke sana, saya akan nampak padang pasir, tebing (macamana nak naik atas tebing ya….), tapi saya tak tahu apa yang akan tunggu saya di sana….
Hmmm…. Kan bagus kalau ada pantai di sini…. Saya boleh buat rakit dan cabut…… tak tak tak, saya tak dapat makan lagi sampai sekarang, nak buat rakit kena buat selama beberapa hari, dan saya mungkin mati kelaparan sebelum siap lagi rakit.
Oh ya! Kan tadi ada sekumpulan askar nak serang saya! Mereka datang sini dengan naik helicopter! Bagus! Ada harapan! Saya boleh keluar dari tempat ni!
.......... mereka datang dari arah mana ya………
………….akhirnya, saya kena cari balik kesan semasa saya kali pertama jumpa mereka dan monster jururawat tadi. Saya berjalan secara rambang kerana saya tak tahu mana jalan saya kena pergi…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sir Viscolf melihat Sense berjalan di hadapan mengetuai jalan untuk mencari ‘subject’ tersebut.  Ketika dalam perjalanan, Sir Viscolf berbisik kepada askar mengenai strategi peperangan Sir Viscolf “I want you take a few distance from sense. When she’s getting near with the target, shoot the limbs first, then I will give my signal, wait for my words.” Sebenarnya Sir Viscolf boleh memberikan isyarat menerusi otak askar itu, tetapi itu akan membatalkan hypnosis askar tersebut.
Sense berjalan dan berjalan  dan dia telah menjumpai ‘subject’ yang dicari-cari.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Alamak…. Kalaula masa itu saja tinggalkan kesan jejak saya tadi, tak payah saya susah-susah cari jalan sekarang…….
SHA,SHA,SHA…
Hmm? Apa benda tu?
SHA,SHA,SHA… seorang budak perempuan keluar dan memeluk saya. Eh! Kenapa dengan budak ini? Saya menolaknya (setakat dia lepas tangan saya) dan jaga jarak dari dia. Dia nampak macam budak berusia 5, tak, 4 atau 3 tahun, berpakaian baju pesakit dan mempunyai gelang besi yang sama dengan saya. Dan budak ini nampak comel (rasa nak peluk aja budak ini). Adakah dia sama dengan saya?
BANG!
Aduh! Saya melihat belakang budak itu. Ada seorang askar yang menembak saya! Saya kena selamatkan budak itu! Saya mengangkat budak itu dan berlari.
BANG! BANG! BANG!
Aduh! Dia tembak kaki saya 3 kali! Sakitnya badan saya! Tapi badan saya memulih dan saya cuba berlari!
BANG!
Uhh! Dia….tembak belakang saya….. saya terbaring kesakitan dibuatnya. Saya melepaskan budak itu dari pelukan saya dan saya kata pada dia “Run….Run!”. Larilah adik! Jangan pedulikan saya! Dia tak berganjak pun….
Askar itu mula mendekati saya. Luka pada belakang saya masih tak memulih, tapi bila askar itu mula sampai ke lingkungan yang saya yakin saya boleh capai dia, saya bangun dan memegang leher dia secepat mungkin! Askar itu menolak saya balik dengan cepat, tapi sayang, saya sempai merosakkan leher dia. Dia terbatuk-batuk dan rebah di tepi.
Uhuk! Uhuk! Terbatuk-batuk saya sebab luka yang ada di belakang saya. Tapi luka saya mula memulih. Saya dah boleh duduk semula.  Saya masih boleh ingat lagi rasa sakitnya tadi…… rasa nak pengsan saja tadi. Budak itu tadi mula berlari. Saya cuba hendak mengejarnya, tapi…..
BANG! BANG!
Aduh! Ada lagi seorang! Tak, tak mungkin! Orang tua yang saya pernah jumpa semasa dalam bilik putih dulu! Dan budak itu berdiri di sebelahnya! Kenapa ini boleh terjadi!
“good girl, now hold this thing for me.” Orang tua itu memberikan pistol kepada budak itu.
“now, give it a shot, shoot the knee.” Dan dia menembak lutut saya. BANG!
Aduh! Sakitnya!
“Good, Sense, wait for another order.” Kata orang tua itu.
Saya mengerang kesakitan yang teramat sangat. Bukan sahaja sakit di badan, malahan sakit kerana budak itu yang menembak saya. Dah lah dia mengingatkan saya dengan adik saya….
“little brother? Since when did you have a little brother?”
Apa? Apa orang tua ni cakap?
“and since when did you have a family? Isn’t that all just a dream?”
Dia…..dia boleh baca fikiran saya?
“ yes, and you do not have any family. You are created inside this laboratory.”
Mengarut…. Dia mengarut sahaja.
“then, how are you gonna prove all that happened for this few days? Isn’t that dream just helps you to run away from this reality?”
Betul juga….tak, tak! Awak menipu! Tipu! Tapi… macamana saya nak buktikan?
“enough with running away, come back to me, your father, your creator.”
……
Orang tua itu senyum. Saya tak tahu apa yang saya boleh buktikan yang apa yang dia kata itu salah…. nanti dulu……
"how can you be so sure i just imagine..... my dreams are so vivid......"
"all of your dreams can be created by me."
“Kalau macam itu, boleh ke awak beritahu saya kenapa awak tidak bercakap dengan saya dalam bahasa ini?”
Riak wajah orang tua itu berubah. Dia merampas pistol dari tangan sense dan mengacukan pistol ke arah saya. “I really hate it when people can think.” Dan…. BANG! Sekeliling saya menjadi gelap.
………………………………………………………………………………………………………………………..............................
Pip. Pip. Pip. Pip. Pip. Pip. Pip. Pip. Pip.
Uhhhh….
“sayang! Anak kita dah buka mata!” kata mak.
“____! Awak dah sedar!” kata ayah.
Sini….. mana?
“long! Angah! Aiman! ____ dah sedar!” jerit ayah. long, angah dan Aiman berlari menuju ke arah saya. “______!”
Apa?
“…… Ana!”
Ana? Oh ya, tu nama saya. Saya tak ingat kenapa saya boleh berada di sini. Saya pandang ke kiri saya dan saya mula perasan sini adalah hospital.
Ya, saya dah ingat. Saya akan mati.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

No comments:

Post a Comment